DETIK KELAHIRAN SMK AIR MOLEK
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek telah dibuka pada 4 Januari 1982. Ia terletak di Kilometer 11, Jalan Bukit Lintang, 75460 Melaka. Mereka yang belajar di SMK Air Molek ini adalah lepasan pelajar daripada beberapa buah sekolah rendah seperti SK Bukit Lintang, SK Paya Dalam, SK Paya Redan, SK Ayer Molek, SK Bendahara Seri Maharaja, SK Tambak Paya, SRJK Cina Tiang Dua dan SRJK Tamil Ladang Bukit Lintang. Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek ini telah dirasmikan oleh YB Saudara Anwar Ibrahim yang merupakan Bekas Menteri Pelajaran pada 12 Julai 1986. Kini, usia terbinanya SMK Air Molek telah mencecah hampir 31 tahun lamanya dengan jumlah murid seramai 1460 orang serta seramai 116 orang guru dan 15 orang yang terdiri daripada kelab staff sokongan sekolah. PIBG SMK Air Molek pula adalah dibawah pimpinan Tn Hj Mohd Sham Hj Dali sebagai Yang-DiPertua PIBG.
Antara bekas bekas pengetuayang pernah memimpin SMK Air Molek ialah :
1. Tn Hj Sharif Bin Omar
2. Tn Hj Salim Bin Hj Tahir
3. Tn Hj Nasir Bin Jamsari
4. Tn Hj Abdul Hamid Bin Abdul
5. Tn Hj Mazlan Bin Abdullah
6. Pn Mismy Binti Mohammad Jun
7. Pn Noor Laila Binti Hamzah
8. Pn Norsiah Binti Abdul Rahman
(kini)
8. Pn Norsiah Binti Abdul Rahman
(kini)
No comments:
Post a Comment