SELAMAT DATANG KE
MEA2091.1BESTARINET.NET
1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (dahulu dikenali sebagai kementerian Pelajaran Malaysia) dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd.
Di bawah projek bestari digital 1BestariNet, sebanyak 10,000 buah sekolah kerajaan di seluruh negara akan dibekal dan dilengkapi prasarana digital dengan akses internet berkelajuan tinggi (menerusi rangkaian Yes 4G) beserta platform pembelajaran maya yang bersepadu dan bertaraf dunia (menerusi portal Frog VLE). Di samping itu, ia juga diintegrasikan dengan aplikasi Google Apps.
Frog VLE
Merupakan suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web(web-based virtual learning system) bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa / penjaga dan guru (pendidik). VLE sendiri membawa maksud persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment @ VLE). Jika anda biasa dengan paparan blog (seperti Blogger, WordPress dll) atau laman web / portal CMS (seperti Drupal, Joomla, Moodle dll), sudah tentunya anda tidak berasa kekok dengan antaramuka portal Frog VLE ini. Projek Frog VLE ini dipilih memandangkan ia mudah diakses, diuruskan, mesra pengguna (user friendly) dan sesuai untuk semua peringkat umur. Tambahan pula, Frog Vle pernah memenangi beberapa pingat (award) di peringkat antarabangsa.
Pendek kata, portal Frog VLE ini berfungsi sebagai pusat setempat atau medan / platform komuniti pembelajaran bagi kumpulan sasaran, iaitu para pelajar, ibu bapa / penjaga mahupun guru ( pendidik )
PENGENALAN : 1BESTARINET & FROG VLE

No comments:
Post a Comment