PUSAT
SUMBER SEKOLAH DALAM ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), fungsi dan peranan perpustakaan telah mengalami perubahan dengan cepat.
Pengguna tidak lagi berpuas hati dengan perkhidmatan atau sumber-sumber
maklumat yang biasa diberikan oleh
perpustakaan tradisional. Perkembangan teknologi maklumat yang begitu
pantas mengubah cara perpustakaan diurus dan perkhidmatan yang diberikan.
Konsep perpustakaan elektronik, perpustakaan digital dan perpustakaan maya
begitu sinonim dengan era teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh itu perpustakaan haruslah bergerak seiring dengan perubahan
teknologi maklumat dan komunikasi.
Pusat
Sumber Sekolah (PSS) sebagai agen yang memberikan maklumat di sekolah juga
tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perubahan ini. PSS seharusnya bersedia
untuk menghadapi perubahan dan menangani apa jua masalah yang bakal timbul.
PSS
ELEKTRONIK
PSS
Elektronik ialah sebuah PSS yang mengandungi semua maklumat atau ilmu dalam
bentuk elektronik sama ada buku, jurnal, indeks, laporan dan bahan multimedia
seperti video, CD ROM, kaset. Ini termasuk juga perkhidmatan yang diberikan
iaitu perkhidmatan rujukan dan nasihat, bimbingan pengguna, sistem peminjaman ,
sistem bekalan penerbitan dan sebagainya dalam bentuk elektronik.
PSS DIGITAL
PSS Digital
didefinisikan sebagai PSS yang mengandungi bahan dalam bentuk digital atau
bahan digital. PSS Digital ialah satu set bahan sumber elektronik bersama
keupayaan teknikal untuk penghasilan, pencarian dan mendapatkan semula
maklumat. PSS Digital menyumbang kepada persekitaran pembelajaran semasa iaitu
membantu mengumpul, menyimpan dan menyusun maklumat digital dan menyediakan
apabila diperlukan.
Dalam PSS
Digital, penggunaan komputer adalah satu keperluan asas. Dengan adanya
kemahiran ini, dapatlah mereka mencari maklumat atau mengakses maklumat yang
terdapat dalam cakera padat atau mengakses maklumat merentas sempadan dan ruang melalui jaringan elektronik.
FUNGSI PSS DALAM TRANSFORMASI 2050
- membina suatu persekitaran
pembelajaran yang positif di sekolah dengan menjalankan pelbagai jenis
program dan aktiviti.
- Menyediakan kemudahan dan
peralatan yang membolehkan murid dan guru menggunakan teknologi terkini
untuk mendapatkan maklumat.
- Melibatkan diri secara aktif
dalam proses P&P melalui penyediaan, pengurusan dan penggunaan
pelbagai bahan sumber selaras dengan konsep pendidikan berasaskan sumber.
- Menjadi pusat akses kepada
sumber dan maklumat dalam pelbagai format termasuk bahan cetak, audio,
visual, multimedia, elektronik dan juga sumber manusia yang kaya dengan
ilmu dan budaya.
- Menjadi pusat teknologi
maklumat di sekolah bagi membolehkan guru dan murid menggunakan teknologi
semasa untuk perolehan, komunikasi dan pemerosesan maklumat.
- Menjadi pusat penerbitan bagi membantu guru menghasilkan bahan pengajaran dan membantu murid menghasilkan karya pembelajaran
- Menjadi pusat maklumat bagi membolehkan murid dan guru mengenalpasti, mencari dan menggunakan maklumat selaras dengan perkembangan konsep literasi maklumat.
- Menjadi pusat pembelajaran kendiri, dengan memberi peluang kepada murid dan guru untuk mempelajari sesuatu dengan usaha sendiri, memperkembangkan lagi pengetahuan dalam sesuatu bidang yang diminati, serta mempraktikkan kemahiran maklumat yang telah diperolehi.
- Menggalakkan tabiat membaca bagi memperkembangkan minat serta kemahiran membaca dan mebina sikap appresiasi sastera, membina suatu masyarakat yang membaca dan seterusnya ke arah budaya ilmu.
- Menjadi pusat pendidikan berterusan bagi guru untuk membolehkan guru sentiasa kemaskini dengan perkembangan semasa dalam profesioan perguruan.
- Menjadi pusat rekreasi bagi
membolehkan murid menggunakan masa lapang dengan aktiviti dalaman yang
sesuai.
- Menjadi tempat belajar bagi
memberi peluang kepada murid-murid yang tidak ada kemudahan atau tidak
dapat menggunakan kemudahan di rumah sendiri.
- Menjadi arkib sekolah dengan mengumpulkan bahan atau maklumat terpilih dan bersejarah yang ada kaitan dengan sekolah
- Menjadi pusat penerbitan maklumat yang menggalakkan budaya menyelidik, mencatat, menulis dan menerbitkan maklumataitan dengan sekolah.
No comments:
Post a Comment